Ulser Mulut

Bagaimana nak hilangkan ulser mulut ni? Sakit betul-betul punya sakit, nak makan pun susah apatah lagi nak mengunyah makanan.. Tolonglah saya!! Lela daripada Serdang.

 

JAWAPAN : 

►Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan disekelilingnya. 

►Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. 

►Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bacteria, virus, atau fungus. 

►Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. 

►Selain jangkitan bacteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, tercucuk benda yang tajam. 

►Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor. 

►Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas, ia juga akan menyukarkan pertuturan anda. 

TANDA-TANDA ULSER : 

►Rasa membakar di dalam mulut 

►Kesakitan 

►Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera berwarna merah dan membengkak 

►Ketidakselesaan yang berpanjangan 

►Hilang selera makan 

►Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan sukar untuk membuka mulut

►Pedih dan sakit terutama apabila anda sedang mengunyah makanan pedas, masin atau panas 

►Demam 

RAWATAN DAN PENCEGAHAN : 

►Minum air yang secukupnya

►Jangan minum air yang berasid 

►Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik 

►Kurangkan makanan pedas dan berempah 

►Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit 

►Amalkan tabiat menjaga mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik 

►Makan makanan yang lembut 

►Sapukan gel analgesic atau gel penahan sakit 

►Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang, pastikan anda cukup mengambil vitamin B12 dan vitamin C. 

Jika ulser mulut tidak sembuh dan ianya semakin merebak dalam masa kurang 3 minggu, segeralah berjumpa dokor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut. Rawatan lanjut harus dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar dari saiz biasa iaitu 2mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Translate »
Scroll to Top