Xanthelasma hanya boleh dihilangkan dengan beberapa rawatan dari Klinik Aesthetic sahaja. Kaedah rawatan yang disyorkan adalah rawatan Laser kerana ia adalah yang paling mudah, cepat dan berkesan untuk membuang biji kolesterol atau Xanthelasma. Rawatan ini tidak menyakitkan, ia bertujuan untuk memecahkan lapisan kulit luar biji kolesterol untuk membolehkan isinya dikeluarkan. Rawatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh Doktor Pakar Kecantikan yang bertauliah. Jangan sesekali mencuba untuk melakukannya sendiri kerana anda boleh terkena jangkitan bakteria dan boleh merosakkan kulit wajah.