Kelopak mata dan kening memainkan peranan utama pada penampilan wajah. Apabila ia kendur akibat kekurangan kolagen @ penuaan, ia memberikan impak wajah kusam dan kurang menarik. Oleh kerana ia sangat penting, masalah ini perlu dirawat dan membolehkan wajah segar dan bermaya.
Lapisan-lapisan di bawah kulit yang membentuk kening dan kelopak mata dipegang oleh struktur-struktur ligamen. Struktur ligamen sangat penting untuk memulihkan kawasan muka yang kendur.
Ligamen kulit, juga dikenali sebagai retinaculacutis, adalah struktur yang menyambungkan tisu di bawah kulit. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan ketegangan dan kedudukan kulit. Ligamen ini terdapat di pelbagai kawasan, termasuk muka, tangan, kaki, dan tisu payudara.
Apabila ligamen kendur,kelopak mata kelihatan kendur. Ligamen boleh dianggap seperti spring wajah. Bayangkan spring wajah. Spring yang kukuh mempunyai keanjalan yang baik dan wajah akan tegak berdiri. Bayangkan spring wajah yang rosak, lembik dan terpenyek membuatkan wajah jatuh ke bawah.
Dengan kaedah kami, kami menguatkan kembali spring pada kelopak mata . Bila spring dikuatkan, ia seolah-olah menjadi spring yang baru dan anjal, kelopak mata akan kembali terbentuk.
✅ Mereka yang mempunyai kelopak mata dan kening kendur yang ketara
✅ Individu yang bergantung kepada makeup tebal untuk tutup kelopak mata dan kening yang kendur
✅Mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan
✅ Lelaki & wanita Lelaki yang ingin tampil lebih segar dan muda
Bayangkan keadaan wajah anda selepas membuat rawatan. Pandanglah cermin dan lihatlah impak kepada wajah anda. Sudah pasti anda akan puas hati dengan apa yang anda nampak.
Tahukah anda. dengan perubahan sekecil ini, sudah cukup untuk anda kelihatan hebat dan bergaya. Sebab itulah makeup artis sentiasa meluangkan masa yang lama untuk mencorakkan mata. Kalau anda lihat orang yang menggayakan makeup mata kelihatan hebat, apatah lagi anda yang melakukan prosedur ini. Anda akan kelihatan lebih hebat kerana anda tidak memerlukan lagi makeup- makeup sebegitu.
Bagi anda yang bercita-cita untuk ada double eyelid, dengan iri hati memandang orang lain yang makeup mata yang cantik. Selepas prosedur ini, anda juga boleh menikmati double eyelid yang semulajadi dan cantik. Anda juga boleh pakai eyeshadow seperti mereka.
“Saya pernah malu nak keluar rumah sebab kening saya yang kendur. Tapi lepas rawatan ni, kening saya kembali terbentuk. Saya rasa yakin balik!”
– Nina, 38 tahun
“Tak sangka boleh nampak perubahan secepat itu. Kelopak mata lebih anjal, mata pun kembali besar dan bulat.”
– Farid, 41 tahun